RUMAH BAKTI DATO' HARUN
(dahulu dikenali sebagai Rumah Bakti Hulu Kelang)
Logo Rasmi Rumah Bakti Dato' Harun
Tulisan Jawi
PERTUBUHAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK YATIM SELANGOR
KM 11, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Halaman Utama
Latar Belakang Rumah Bakti Dato' Harun
Organisasi RBDH
Kemudahan & Aset RBDH
Matlamat & Visi RBDH
Aktiviti Anak-Anak Yatim RBDH
Diari RBDH
Kemasukan Pelajar Baru
Gambar Anak-Anak RBDH
Sumbangan & Keperluan RBDH
Hubungi Kami
Peta ke Tempat Kami
Muat Turun Borang
facebook Rumah BaktiYoutube Rumah Bakti


Sumbangan Derma


Anak Yatim di Asrama Anak Yatim makan di Dewan Makan RBDH Anak Yatim di Surau RBDH

Pengertian Anak Yatim

Anak yatim dalam bahasa Inggeris disebut 'orphanage'. Secara bahasa "yatim" berasal dari bahasa arab. Dari fi'il madli "yatama" mudlori "yaitamu" dab mashdar "yatmu" yang bererti sedih atau bermakna sendiri.


Istilah Anak Yatim Dari Segi Syariah Islam

       Adapun menurut istilah syara' yang dimaksudkan dengan anak yatim adalah anak yang ditinggal mati oleh ayahnya sebelum dia baligh. Batas atau tempoh seorang anak disebut yatim adalah hingga anak tersebut telah baligh dan dewasa. Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampu menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain.

Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri:

“Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri.
Apabila ia sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun qamariyyah.”

Walaubagimana pun masyarakat Melayu Malaysia mempunyai satu lagi istilah iaitu Yatim Piatu yang dimaksudkan sebagai mereka yang telah kehilangan kedua-dua ibu dan bapa, walaupun sebenarnya istilah ini tidak ada dalam syariat Islam.
Anak yatim adalah anak yang kematian  bapa atau kedua-duanya semasa ia kecil atau belum baligh. Islam mewasiatkan umat manusia supaya melakukan hubungan baik dengan anak yatim, memberi perlindungan dan pendidikan serta memberi hak-hak mereka.

Anak Yatim diberi Tuisyen Bahasa Inggeris Majlis Iftar Dato' Fahmi Ibrahim Sumbangan Sabun

Firman Allah yang bermaksud:

“ Oleh sebab itu maka anak yatim janganlah kamu hinakan.” ( Al- Dhuha)


“Tahukah engkau orang yang mendustakan agama, iaitu orang yang menengking anak yatim.” ( al- Maun)


Islam juga mencegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakan dalam surah An- Nisa ayat 6.


Kewajipan sosial

     Menyayangi dan memelihara anak yatim adalah kewajipan sosial setiap orang Islam. Dan ia adalah salah satu usaha perjuangan Islam yang jarang dilakukan orang. Justeru masalah sosial timbul kerana empat sebab, iaitu tidak memuliakan anak yatim, tidak memberi makan orang miskin, memakan warisan (kekayaan) alam dengan rakus, dan mencintai harta benda secara berlebihan (lihat surah al-Fajr, ayat 15-20).

Anak Yatim Sekolah Rendah Anak Yatim Bersama Tuan Haji Nasir AJK RBDH Anak Yatim Perempuan di Asrama RBDH

Renungan

Beramal dan Menyampaikan



Waktu Solat
 Statistik Pelawat 
KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM TANGGUNG JAWAB BERSAMA
" BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU MEREKA "
(Derma adalah dikecualikan daripada Cukai Pendapatan)

Copyright © 2016 Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor ( Rumah Bakti ). All rights reserved. Designed by Ghazali Mohd Ali