KM
11, Jalan Hulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
JANUARI 2018
14 Jan 2018 -
Latihan seni mempertahankan diri Seni Silat Gayong Malaysia dibawah
tunjuk ajar yang diketuai oleh Cikgu Abdul Hadi Abdullah telah memberi
khidmat tunjuk ajar secara percuma kepada anak-anak yatim RBDH pada
setiap pagi hari Ahad. Aktiviti ini mengajar anak-anak yatim ini
tentang displin dan pergerakkan dalam silat. Disamping itu juga dapat
melakukan aktiviti pada hujung minggu. Semoga ilmu ini dapat dimanfaat
sepenuhnya nanti.
31 Jan 2018 -
Mesyuarat Agung Kali - 36 diadakan di Dewan Besar RBDH bagi
membentangkan minit mesyuarat tahun lalu kepada ahli-ahli RBDH dan
mengesahkannya. Mesyuarat kali ini juga turut membuat pemilihan ahli
jawatankuasa Majlis Kerja yang baru bagi penggal 2018-2020. Tahniah
kepada yang terpilih semoga dapat membawa anak-anak yatim RBDH menuju
kejayaan di dunia dan akhirat.
31 Jan 2018 -
Dr. Othman bersama seorang pelajar tahun akhir USIM mengadakan Program
Kaunseling Kerjaya bagi mengenalpasti bakat yang perlu diasah.
Selain itu juga anak-anak yatim RBDH turut juga diberi motivasi
dan galakan kearah mencapai cita-cita selepas mengambil SPM nanti.
Arkib
KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM
TANGGUNG JAWAB
BERSAMA
" BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU MEREKA " (Derma adalah
dikecualikan daripada Cukai Pendapatan)