RUMAH BAKTI DATO' HARUN
(dahulu dikenali sebagai Rumah Bakti Hulu Kelang)
Logo Rasmi Rumah Bakti Dato' Harun
Tulisan Jawi
PERTUBUHAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK YATIM SELANGOR
KM 11, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Halaman Utama
Latar Belakang RBDH
Organisasi RBDH
Kemudahan dan Aset RBDH
Matlamat & Visi RBDH
Aktiviti Anak-Anak Yatim RBDH
Diari RBDH
Kemasukan Pelajar Baru
Gambar-Anak-Anak RBDH
Sumbangan & Keperluan RBDH
Hubungi Kami
Peta ke Tempat Kami
Muat Turun Borang


JULAI 2014

12 Julai 2014 - Seramai 9 orang Ahli Jawatankuasa Kebajikan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) berkunjung ke Rumah Bakti bagi meraikan kedatangan Hari Raya Aidilfitri bersama penghuni RBDH. Anak-anak yatim RBDH turut menerima sumbangan duit raya . Rombongan yang diketuai Pengerusinya Mr. Ng Wee Yiew bersama-sama dengan Timbalan Pengerusi Mr. Soong Wing Hong, Penasihat Mr. Sung Siew Thong, Pengerusi Jawantankuasa Perundangan Mr. Tan Kar Peng, ahli Majlis Mr. Dave Lim Keat Hin, dua orang ahli jawatankuasa Datuk Choong Yew Lim dan Mdm. Tay Swee Man, Tmbalan Pengarah Eksekutif Ms. Ching Suh Miau dan Penolong Setiausaha Eksekutif Ms. Peggy Chin Sze Wei. Kedatangan mereka memang sudah dinantikan kerana saban tahun ahli KLSCCCI datang memberi duit raya sebagai kecerian menyambut hari lebaran yang bakal tiba. Terima kasih kami ucapkan.

Dato' Haji Saidin Tamby
17 Julai 2014 - Bank Rakyat cawangan Pusat bandar Rawang yang diwakili Pengurus cawangan Rawang Puan Haniza Bt. Ibrahim telah menyerahkan zakat untuk anak-anak yatim RBDH kepada YBhg. Dato' Haji Saidin Tamby selaku Timbalan Pengerusi RBDH di pejabat beliau Konsortium Melayu Selayang Berhad yang terletak di Selayang. Ini merupakan salah satu usaha murni badan korporat dalam membantu nasib golongan yang kurang berkemampuan bagi mengurangkan beban bagi menyambut hari lebaran yang bakal tiba. Turut sama pada majlis penyerahan ini ialah Encik Ishak Osman selaku Pengurus RBDH.
23 Julai 2014 - Pusat Membeli Belah AEON Jusco Cheras Selatan telah berkumjung ke RBDH bagi menghulurkan sumbangan daripada para pelanggan mereka di bawah satu program yang dianjurkan pihak AEON sendiri bagi merapatkan hubungan masyarakat setempat dengan insan-insan istimewa ini dengan berkonsepkan "Membeli Belah Sambil Beramal" sebagai membantu anak-anak yatim di sini membuat persediaan bagi menyambut Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi. Ketibaan kakitangan AEON ini disambut ceria oleh para penghuni RBDH memandangkan 'mood' raya sudah semakin dirasai. Terima kasih tidak terhingga kepada AEON CO (M) Bhd kerana telah memilih Rumah kami ini.

Arkib
Catatan Sepanjang Januari 2014
Catatan Sepanjang Februari 2014
Catatan Bulan Mac 2014
Catatan Sepanjang April 2014
KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM TANGGUNG JAWAB BERSAMA
" BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU MEREKA "
(Derma adalah dikecualikan daripada Cukai Pendapatan)

Copyright © 2014 Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor ( Rumah Bakti ). All rights reserved. Designed by Ghazali Mohd Ali