RUMAH BAKTI DATO' HARUN
(dahulu dikenali sebagai Rumah Bakti Hulu Kelang)
Logo Rasmi Rumah Bakti Dato' Harun
Tulisan Jawi
PERTUBUHAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK YATIM SELANGOR
KM 11, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Halaman Utama
Latar Belakang RBDH
Organisasi RBDH
Kemudahan dan Aset RBDH
Matlamat & Visi RBDH
Aktiviti Anak-Anak Yatim RBDH
Diari RBDH
Kemasukan Pelajar Baru
Gambar-Anak-Anak RBDH
Sumbangan & Keperluan RBDH
Hubungi Kami
Peta ke Tempat Kami
Muat Turun Borang

MAC 2014



         8 Mac 2014 Wakil-wakil Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) sekali lagi berkunjung ke Rumah Bakti bertujuan untuk menyampaikan sumbangan derma ahli-ahli Dewan yang diterima sempena Tahun Baru Cina tahun  ini. Sumbagan diserahkan oleh Presiden KLSCCCI Datuk Ter Leong Yap kepada Rumah Bakti. Cek sumbangan telah diterima Timbalan Pengerusi RBDH Dato' Haji Saidin Tamby. KLSCCCI sebagai salah satu organisasi perniagaan yang aktif di Kuala Lumpur dan Selangor bukan sahaja memberi tumpuan kepada perkembangan ekonomi dan industri malah mereka juga berusaha menawarkan pertolongan dan bantuan atas keperluan dan kehendak golongan-golongan kurang mampu dan kurang bernasib baik. Dalam majlis yang sama mereka turut membuat serahan surat khabar Berita Harian tumpuan pada muka surat 15 berkenaan seorang petani berbangsa Cina Hoo Tak Chow telah dipilih oleh seorang pelajar berbangsa Melayu sebagai heronya. ini adalah kerana jasa petani tersebut sudi menaja untuk dia melanjutkan pengajian di menara gading. Ini adalah satu projek murni yang dikenali sebagai Anugerah My Hero yang telah dijalankan oleh mereka. KLSCCI bukanlah satu badan pertubuhan yang asing bagi RBDH. Mereka kerap membantu anak-anak yatim disini walaupun berlainan agama dan bangsa. Semangat 1 Malaysia yang mereka tunjukkan amat patut dicontohi oleh badan-badan korporat yang lain yang terdapat di Malaysia ini. Rumah Bakti Dato' Harun mengucapkan jutaan teriam kasih kepada semua ahli-ahli KLSCCCI yang tidak melupakan kami disini.

Arkib
Catatan Sepanjang Januari 2014
Catatan Sepanjang Februari 2014
Catatan Bulan Mac
KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM TANGGUNG JAWAB BERSAMA
" BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU MEREKA "
(Derma adalah dikecualikan daripada Cukai Pendapatan)

Copyright © 2014 Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor ( Rumah Bakti ). All rights reserved. Designed by Ghazali Mohd Ali