RUMAH BAKTI DATO' HARUN
(dahulu dikenali sebagai Rumah Bakti Hulu Kelang)
Logo Rasmi Rumah Bakti Dato' Harun
Tulisan Jawi
PERTUBUHAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK YATIM SELANGOR
KM 11, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Halaman Utama
Latar Belakang RBDH
Organisasi RBDH
Kemudahan dan Aset RBDH
Matlamat & Visi RBDH
Aktiviti Anak-Anak Yatim RBDH
Diari RBDH
Kemasukan Pelajar Baru
Gambar-Anak-Anak RBDH
Sumbangan & Keperluan RBDH
Hubungi Kami
Peta ke Tempat Kami
Muat Turun Borang


MEI 2016
1 Mei 2016 - Pelajar Tahun 1 Semester 2 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sain Islam Malaysia (USIM) melaksanakan program motivasi secara dalam kumpulan. Program ini dibawa oleh Dr. Othman Ab Rahman seorang Ahli Jawatankuasa Pendidikan RBDH dan merupakan pensyarah di fakulti tersebut. Beliau kerap melaksanakan program seumpama ini secara berkala bersama-sama pelajar-pelajarnya daripada USIM. Semangat anak-anak RBDH perlu dipupuk setiap masa supaya mereka tidak merasa ditinggalkan sendirian.
Mentor Mentee
2 Mei 2016 - Program yang dijalankan Ahli JawatanKuasa (AJK) RBDH bagi mendekati dan mengenali anak-anak yatim RBDH. Beberapa kelompok kecil dibahagikan kepada beberapa orang mentor (AJK) untuk menjaga dan mendengar permasalahan mentee-mentee mereka. Usaha ini juga bagi mendekatkan lagi perhubungan antara anak-anak RBDH dengan pengurusan tertinggi RBDH.  


7 Mei 2016 - Program anak-anak RBDH bersama pegawai dari Jabatan Kebajikan Mesyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita yang mengikuti Kursus Pascasiswazah Kerja Sosial di Institut Sosialis Malaysia. Turut sama hadir seorang pensyarah mereka iaitu Dr Aizan Sofia Amin. Kehadiran mereka ini  bagi membakar semangat anak-anak RBDH supaya terus berusaha  walaupun  berbagai halangan yang menimpa.
8 Mei 2016 - Setiap 2 minggu pada pagi Ahad Kumpulan Havoc Senamtari Megastar Sound Entertainment bersama anak-anak RBDH menjalani rutin senamrobik. Senaman ini dilakukan supaya penghuni RBDH berada dalam keadaan sihat fizikal.

Arkib
Catatan Sepanjang Januari 2014
Catatan Sepanjang Februari 2014
Catatan Bulan Mac 2014
Catatan Sepanjang April 2014
KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM TANGGUNG JAWAB BERSAMA
" BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU MEREKA "
(Derma adalah dikecualikan daripada Cukai Pendapatan)

Copyright © 2016 Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor ( Rumah Bakti ). All rights reserved. Designed by Ghazali Mohd Ali