KM
11, Jalan Hulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Y.Bhg Allahyarham
Dato’ Seri
Haji Harun
Idris
21
Julai
1924 - 19 Oktober 2003
Logo
asal Rumah Bakti yang dahulu dikenali
sebagai Rumah Bakti Hulu Kelang.
Sejarah
Rumah Bakti
Demi
rasa tanggungjawab dan simpati terhadap golongan anak-anak yatim,
sekumpulan aktivis masyarakat dan pegawai kanan
Kerajaan
Negeri
Selangor telah berjaya menubuh dan mendaftarkan
“Pertubuhan
Pendidikan Anak-Anak
Yatim Selangor”
mengikut Nombor Pendaftaran
ARS/Sel/50/66 pada 16 Ogos 1966.
Dengan
kelulusan
pendaftaran ini, Jawatankuasa berkenaan telah bergerak cergas untuk
mencapai matlamat penubuhannya. Atas jasa Y.Bhg
Allahyarham Dato’ Haji Harun
Idris dan isteri Y.Bhg
Datin
Salmah Suleiman,
Kerajaan Negeri Selangor telah
mengurniakan sebidang tanah di Mukim Hulu Kelang (HS.231)
seluas 4.8 ekar mengikut dokumen kelulusan bilangan
PHT.G.2/139/75. Untuk menentukan projek ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya Y.Bhg Allahyarham Dato’ Haji
Harun
Idris telah dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan
ini.
Pengasas Rumah Bakti
Dato' Harun
Hasil
dari
usaha gigih mereka inilah,
beberapa program telah dijalankan seperti Majlis Jamuan Makan Malam,
Tayangan Perdana serta rayuan kepada ahli-ahli, Pertubuhan
ini
telah berjaya mendirikan bangunan Rumah bakti dengan kos sebanyak
RM158,107.81.
Sultan Selangor telah perkenan
untuk
menjadi Penaung RBHK. Pada peringkat awal, pengambilan
anak-anak
yatim telah mula dibuat pada tahun 1976 iaitu seramai 26 orang
yang terdiri daripada 13 lelaki dan 13 perempuan yang berumur antara 6
hingga 12 tahun. RBHK telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 5
Mac 1977. Dari setahun ke
setahun jumlah anak-anak yatim telah
bertambah
dan sehingga kini pada tahun 2017, Rumah Bakti telah dihuni oleh
seramai 66 orang anak yatim yang berumur daripada 7 hingga 17 tahun.
Pada
2 Mac 1982 dua
buah blok
asrama 2
tingkat yang baru telah siap dibina. Kedua blok asrama tersebut
bernilai RM600,000.00 dan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri
Selangor dan hasil derma orang ramai.
Sebuah surau juga telah
dibina
pada tahun 1984. Pada tahun 2009 sebuah surau baru
telah
dibina bagi menggantikan surau lama. Surau baru ini telah disumbangkan
oleh Y.Bhg Datin Salmah Sulaiman, isteri
Allahyarham
Dato’ Haji Harun Idris. RBHK telah mendapat perpustakaan baru
pada tahun 1989. Perpustakaan ini menjadi Pusat
Sumber pada
tahun 1997. Oleh kerana RBHK telah mendapat surau baru, maka surau lama
yang dibina pada 1984 itu diubah suai menjadi Pusat Sumber
yang baru. Pusat Sumber ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu,
perpustakaan dan bilik komputer.
Sebagai
mengenang jasa Y.Bhg
Allahyarham Dato’ Haji Harun
Idris ahli-ahli
Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor telah
bersetuju
menukarkan nama Rumah Bakti Hulu Kelang (RBHK) kepada Rumah Bakti Dato' Harun
(RBDH)
beserta dengan itu perubahan lambang Rumah Bakti
turut
diubah dan diluluskan pindaannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 29 Julai 2011.
Logo baru Rumah
Bakti Dato' Harun
Maksud:
Kuning
-
melindungi
anak-anak yatim supaya beriman,
bersyukur dan bertanggungjawab
Merah
-
berani
dan berwawasan
Hijau
-
anak-anak
membesar dengan bimbingan dan
prestasi pelajaran cemerlang
Hitam
-
berdisiplin
Putih
-
keikhlasan
dan kebersihan
Al-Fatihah
Buat
Allahyarham Dato' Seri Haji Harun Idris, Ayah & Ibu kita, semua
muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia.
Tidak lupa juga buat penumpang MH370 & MH17 semoga roh mereka
dicucuri rahmat
ALLAH S.W.T.
KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM
TANGGUNG JAWAB
BERSAMA
" BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU MEREKA " (Derma adalah
dikecualikan daripada Cukai Pendapatan)