RUMAH BAKTI DATO' HARUN
(dahulu dikenali sebagai Rumah Bakti Hulu Kelang)
Logo Rasmi Rumah Bakti Dato' Harun
Tulisan Jawi
PERTUBUHAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK YATIM SELANGOR
KM 11, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Halaman Utama
Latar Belakang RBDH
Organisasi RBDH
Kemudahan dan Aset RBDH
Matlamat & Visi RBDH
Aktiviti Anak-Anak Yatim RBDH
Diari RBDH
Kemasukan Pelajar Baru
Gambar-Anak-Anak RBDH
Sumbangan & Keperluan RBDH
Hubungi Kami
Peta ke Tempat Kami
Muat Turun Borang

Sumber Pendapatan

Sebagai badan sukarela, punca kewangan Pertubuhan ini adalah tidak menentu. Sebahagian besar sumber pendapatan RBDH adalah bergantung kepada:                

  • Sumbangan daripada orang perseorangan dan badan-badan korporat
  • Bantuan Kerajaan Pusat lebih kurang 5% (setahun) daripada jumlah keseluruhan ke atas anak-anak yatim. Sumbangan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • (Pada tahun 2018 jumlah yang diberi ialah RM 48,000.00)
  • Kekurangan pendapatan dari perbelanjaan ditampung daripada wang simpanan atau lebihan yang diperolehi semasa sumbangan orang ramai pada bulan Ramadhan.

Aspek-aspek Perbelanjaan RBDH

Secara umumnya perbelanjaan untuk anak-anak yatim ini mencecah antara RM70,000 – RM100,000 sebulan. Aspek perbelanjaan itu meliputi keperluan berikut:

  • Bekalan elektrik, air dan gas (4.4%)
  • Bekalan makanan dan minuman (9.7%)
  • Minyak dan penyelenggaraan kenderaan (1 bas dan 2 van) – (3.0%)
  • Elaun mengajar guru-guru agama & yuran tuisyen (6.4%)
  • Pembaikan dan penyelenggaraan bangunan (5.0%)
  • Pembelian buku dan alat tulis (1.5%)
  • Wang saku persekolahan anak-anak di sekolah harian (15%)
  • Gaji pekerja (29%)
  • Perbelanjaan telefon (0.5%)
  • Pelbagai ( Astro, Perkeso, Perubatan, Pakaian) – (25.5%)
(Pendapatan dan perbelanjaan RBDH diaudit oleh Juruaudit yang bertauliah dan laporan  audit akan dihantar ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada setiap tahun.)

Rayuan dari Pengurus Rumah Bakti Dato' Harun
Surat Rayuan Sumbangan Derma
Pengurus Rumah Bakti Dato' Harun
Sumbangan secara online   :

http://www.cimbclicks.com.my/

Penderma-penderma yang memerlukan resit bolehlah menderma melalui
CIMB Cares:  (klik pada Donate Now di bawah)
CIMB Cares Donate Now >>
Reach out & help those in need.
  1. Sila isikan butiran saudara/saudari pada bahagian yang berkenaan.
  2. Pilihan bank lain turut disertakan.
  3. Klik pada butang 'Submit"
(Waktu Operasi CIMB Cares dari 7am-11pm)
Resit akan dipos dalam masa seminggu dari tarikh penerimaan sumbangan.


Sebarang masalah  boleh hubungi :

Pegawai Kewangan RBDH
Puan Hajah Zainab Bt. Md Yusof
Telefon Pejabat 03-42568880
Telefon Bimbit 013-3844026
Faksimili Pejabat 03-42514811

Penderma-penderma juga boleh datang terus ke Rumah Bakti bagi 
menyalurkan bantuan secara langsung kepada anak-anak yatim di
RBDH
Keperluan Harian RBDH

seperti berikut :-
  1. Wang Tunai
  2. Barang-barang makanan kering seperti milo, gula, sos cili, kicap, susu pekat manis, bihun dan sebagainya.
  3. Barang-barang basah seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran an buah-buahan.
  4. Pakaian baru atau yang terpakai termasuk kasut sekolah
  5. Selimut ,cadar dan sarung bantal
  6. \Buku-buku untuk perpustakaan
  7. Alat-alat tulis dan buku latihan
  8. Alat-alat pencuci seperti sabun basuh, sabun mandi, dan seumpamanya.
  9. Tuala wanita (jenis kotex).
  10. Komputer baru atau yang terpakai
  11. Alat-alat senggaraan bangunan seperti lampu kalimantan.
  12. Alat-alat elektrik (baru/terpakai) seperti seterika, mesin basuh, kipas angin dan seumpamanya.
  13. Penapis air.
  14. Barang-barang lain yang sesuai digunakan oleh anak-anak yatim.

Jumlah Anak-Anak Yatim di RBDH
( yang terkini 20 Mac 2018)

 Jumlah keseluruhan :    65 Orang

Jumlah Pelajar Bersekolah :   59 Orang
(yang menginap di asrama RBDH)


 
Lelaki : 33 Orang
Perempuan : 26 Orang

Sekolah Rendah : 14 Lelaki dan 11 Perempuan
Sekolah Menengah : 19 Lelaki dan 15 Perempuan


Jumlah Pelajar Lepasan SPM : 6 Orang
(yang tinggal di luar asrama RBDH)

Lelaki : 2 Orang
Perempuan : 4 Orang

Renungan
ALLAH 'Azza Wa Jalla  berfirman

Maksudnya:

“Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka (bersedekah) pada jalan Allah laksana sebiji (benih) yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, setiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah akan melipat gandakan ganjaran-Nya kepada siapa yang disukai-Nya dan Tuhan itu Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui."

( Al Baqarah:261)
KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM TANGGUNG JAWAB BERSAMA
" BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU MEREKA "
(Derma adalah dikecualikan daripada Cukai Pendapatan)

Copyright © 2017 Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor ( Rumah Bakti ). All rights reserved. Designed by Ghazali Mohd Ali