RUMAH BAKTI DATO' HARUN
(dahulu dikenali sebagai Rumah Bakti Hulu Kelang)
Logo Rasmi Rumah Bakti Dato' Harun
Tulisan Jawi
PERTUBUHAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK YATIM SELANGOR
KM 11, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Halaman Utama
Latar Belakang RBDH
Organisasi RBDH
Kemudahan dan Aset RBDH
Matlamat & Visi RBDH
Aktiviti Anak-Anak Yatim RBDH
Diari RBDH
Kemasukan Pelajar Baru
Gambar-Anak-Anak RBDH
Sumbangan & Keperluan RBDH
Hubungi Kami
Peta ke Tempat Kami
Muat Turun Borang


TAWARAN KEMASUKAN KE

PERTUBUHAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK YATIM SELANGOR

(RUMAH BAKTI DATO’ HARUN)

Ibu atau waris dipelawa untuk menghantar anak-anak yatim di bawah jagaan tuan/puan ke asrama RBDH pada bila-bila masa. Anak-anak yatim yang di tempatkan  di asrama RBDH akan diberi penempatan, bimbingan agama, jagaan, persekolahan dan makan minum sepanjang berada di sini secara PERCUMA

Cara Pengambilan Anak-Anak Yatim

Berikut adalah dasar-dasar pengambilan anak-anak yatim di RBDH:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Anak-anak yang kematian bapa atau kedua-duanya (ibu dan bapa)
  3. Anak-anak yang bersedia ke sekolah berumur antara 7 hingga 14 tahun
  4. Anak-anak yang sihat tubuh badan dan tidak cacat setelah mendapat pengesahan doktor
  5. Keluarga yang miskin dan tiada waris yang terdekat yang bersedia menanggungnya
  6. Anak-anak yang mempunyai minat dan kesungguhan untuk melanjutkan pelajaran dan memperbaiki kehidupan serta keluarga pada masa hadapan.

Cara Memohon Masuk

  • Waris mengambil dan mengisi Borang Permohonan Masuk.
  • Pegawai Penyiasat akan menghubungi waris dan mengunjungi waris untuk melihat sendiri keadaan keluarga anak-anak yatim ini.
Aspek yang diberi perhatian ialah
  1. Latar belakang keluarga, 
  2. Keadaan tempat tinggal,
  3. Tahap ekonomi keluarga,
  4. Keadaan diri,
  5. Kesihatan 
  6. Persekolahan  pelajar dan 
  7. Suasana keluarga serta 
  8. Persekitaran kehidupan anak-anak yatim ini.
  • Hasil siasatan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran untuk semakan dan kelulusan.
  • Menghubungi waris anak-anak yatim menyatakan persetujuaan menerima atau menolak permohonan mereka.

KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM TANGGUNG JAWAB BERSAMA
" BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU MEREKA "
(Derma adalah dikecualikan daripada Cukai Pendapatan)

Copyright © 2017 Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor ( Rumah Bakti ). All rights reserved. Designed by Ghazali Mohd Ali